Isnin, 19 Julai 2010

Pakej Tambahan Buat Bakal Pembeli Rumah Seksyen 7 Shah Alam

Entri ni aku tulis masa aku tengah tension tak dapat ngeteh kat port biasa aku, mana lagi kalau tak kat Khulafa Bistro Seksyen 7. Kenapa ye? Sebabnya semenjak dua menjak ni, kawasan perumahan kat Seksyen 7 ni dah ada pakej tambahan yang sebelum ni tak ada. Kalau korang nak tau apa pakej yang aku maksudkan, sila lihat kat gambar di bawah ni :

'Pakej Kesesakan Lalulintas'


Hahaha.. 'Pakej Kesesakan Lalulintas' yang teruk yang tempat lain belum tentu ada. Semua ni gara-gara i-City (Bandar Dalam Cahaya) yang mengundang ribuan pengunjung saban malam. Kalau sebelum ni jalan kat depan rumah aku tak pernah jam tapi la ni, aku lebih rela duduk rumah dari bersesak-sesak nak gi ngeteh kat mamak. Yang jadik mangsa kat sini, tak lain tak bukan mamak kat tempat yang aku biasa lepak tu le selain daripada awek-awek UiTM yang pasti terasa kehilangan aku kat sana.. hahaha. Nak tak nak, aku terpaksa tukar schedule ngeteh aku ke sebelah petang sebab time tu lampu kat i-City tak menyala lagik. Kekadang tu rasa nak marah pun tak guna sebab aku bukan boleh buat apa pun lagipun kata pihak kerajaan, mende-mende ni boleh menaikkan ekonomi negeri Selangor (no comment).

Ini belum masuk lagi jumlah kereta yang akan bertambah bila 2 projek baru yang tengah dibina siap iaitu projek apartment mahal yang aku ceritakan dalam entri yang lepas (anggaran kereta yang akan ada kat dalam kawasan apartment tu ialah 600 buah) dan juga projek mega Hospital Shah Alam. Kalau dah siap projek-projek ni, alamatnya terpaksalah aku berbasikal kalau nak gi ngeteh sebab siang malam akan ada orang keluar masuk hospital dan the only way yang aku terfikir sekarang ni untuk mengelakkan benda-benda ni dari mengganggu hidup aku is MOVE OUT from this area. Lagipun kalau aku jual rumah aku ni pun aku still untung lagi sebab aku beli pun way below market value tapi ke mana pulak aku nak pindah??

Tips n Thots : Keadaan lalu lintas merupakan satu elemen yang kebiasaannya orang terlepas pandang bila nak beli rumah. So, take note tentang jumlah kereta yang akan berada di atas jalan berdekatan rumah yang korang akan beli tu. 

3 ulasan:

  1. salam..yups..
    memang btul apa yang diperkatakan itu..
    kami disni makin terasa akan masalah kesesakan ini saban hari..

    -student uitm

    BalasPadam
  2. hohoho.

    dop kat kampung beshhhh. xda kesesakan keh keh keh :D

    BalasPadam
  3. tp kadang2 kalau banyak kereta tu maknanya ramai org suka duduk situ. petanda positif utk beli rumah buat investment. ygk la mcm rumah2 di usj. tp kalau nak duduk sdr, nak menikmati suasana low-density, mmg kena cari tempat sunyi la...

    BalasPadam