Rabu, 7 Julai 2010

Rutin Bulananku

"Bro, cemane ko handle umah ko yang banyak bijik tu? Ko tak kalut ke nak check umah mana yang tenant dah bayar dan pada masa yang sama nak pastikan instalment bank dah settle ke belum?" itu antara butir-butir soalan yang aku dok selalu dengar. "Ala beb, baru 14 bijik bukannya 140 bijik" jawapan klise aku setiap kali bila ditanya.. hehe.

Sebenarnya takde la susah sangat aku nak handle semua ni sebab setiap bulan aku dah schedulekan apa yang patut aku buat supaya semua mende-mende tu dapat aku 'kautim'kan. Biasanya aku bahagikan schedule aku tu mengikut minggu seperti berikut :


Minggu pertama setiap bulan (Minggu Mesra Penyewa) 

Dalam minggu ni biasanya masa untuk aku collect rental dan as usual, kalau by 5th aku tak dapat sewa aku, satu 'sms cinta' berbunyi "Sewa bulan ni u dah bank in ke belum?" akan dihantar ke henpon penyewa-penyewa aku. Alhamdulillah la so far, respon/reply dari semua tenant aku amatlah membanggakan. Normally by 10th, semuanya dah settle.

Minggu kedua setiap bulan (Minggu Mengusha Awek Bank) 

Minggu ni pulak biasanya aku akan memindahkan sejumlah 'kecil' dari duit sewa aku ke akaun ASB/ASW aku. Konsep 'PAY YOURSELF 1ST' selalu aku gunakan bila masuk bab-bab duit ni. Biasanya minggu ni takde la sibuk sangat sebab cuma 1 mende ni je yang aku kena uruskan.

Minggu ketiga setiap bulan (Minggu Membayar Bil) 

Minggu ke 3 ni aku tak berapa suka sangat sebab terpaksa mengadap mamat 'bangla' si penjaga management opis salah satu rumah sewa aku. Dalam minggu ni biasanya aku akan menjenguk semua management opis untuk membayar bil-bil penyelenggaraan rumah-rumah sewa aku. Nasib baik le bil api/air, tenant aku yang bayar kalau tak mau rebeh aku nak berlari ke sana sini.

Minggu keempat setiap bulan (Minggu Menyetelkan Hutang) 

Kebiasaannya minggu ni la aku akan mengadap 'cash/cheque deposit machine' setiap bank untuk melangsaikan instalment bulanan rumah-rumah aku dan aku tak perlu risau bab-bab terlewat bayar sebab biasanya aku akan bayar in advance masa 1st time bayar instalment dulu. Maknanya setiap bulan, instalment aku tu akan jadi advance payment. Itu pasal la CCRIS aku sentiasa dalam keadaan 'cantik berseri'.


Amacam? Senang kan cara aku handle urusan rumah-rumah sewa aku. So, lepas ni tak payah la korang tanyakan soalan yang sama lagi kat aku.. hehehe.


Tips n Thots : "YOU ARE PLANNING TO FAIL IF YOU FAIL TO PLAN"

5 ulasan:

  1. wow teratur betul. defenately take time nk mana byk umah

    BalasPadam
  2. wow teratur betul. definately take time nk manage byk umah dlm satu masa.

    BalasPadam
  3. Yup, u r rite bro. Failed to plan is planning to fail... motto gue jgak ru.

    BalasPadam
  4. Bro Ensem,

    Maintenance fee tu ok ke kalau buat post dated cek? Mcm leceh lak nak pegi satu2 rumah tiap kali nak bayar.

    p/s: sejumlah 'kecil' ke ASB, hurm... i wonder how kecil is 'kecil', ha ha

    BalasPadam
  5. matjoe : adatla tu..
    gbuddy : 1) ok gak kalo tinggalkan 'PDC' cuma takut cek tu takde duit je nanti.. hehe.
    2) sekecil RM50 sebulan

    BalasPadam