Jumaat, 9 Julai 2010

Terkejut aku..

Buku yang aku tengah baca sekarang ni

Aku sekarang ni tengah menelaah satu buku karangan pengasas komuniti BicaraJutawan.com dan juga seorang blogger, pakdi yang baru aku beli 2 hari lepas. Banyak gak info menarik yang aku dapat especially yang berkaitan dengan perancangan kewangan dari perspektif Islam. Buku yang menggunakan tajuk 'RANCANG WANG DARI SEKARANG' ni takde la mahal mana pun, cuma RM17.90 (kurang RM2.10 dari harga ebook aku) dan dalam banyak-banyak info yang aku baca, aku agak terkejut bila mana pengarang memberitahu sekiranya seseorang yang berumur 30 tahun dan mempunyai baki 25 tahun lagi untuk pencen perlu menyimpan sebanyak RM40K setahun. Ini bermakna sejumlah RM3,333.33 perlu diketepikan setiap bulan (tanpa mengambil kira 'compounded interest' concept) sekiranya kita ingin memiliki cash sebanyak RM1 juta masa kita retire nanti. Banyak tu beb..

Tapi itu mungkin bagi korang yang belum mempunyai apa-apa aset kerana sekiranya korang ada mempunyai aset seperti rumah, amaun bulanan sebanyak RM3,333.33 itu sebenarnya di'sedia'kan oleh tenant korang. Korang cuma perlu keluarkan modal permulaan dalam RM10K sahaja (anggaran modal untuk sebuah low cost flat). Cukup je 25 atau 30 tahun, hutang bank pun habis dibayar oleh tenant korang dan korang cuma perlu buat 2 pilihan je lepas tu untuk me'realise'kan duit RM1 juta korang tu iaitu dengan cara jual je aset tu atau pun 'refinance' balik rumah tu.

Tak ke mudah cara tu instead of terpaksa simpan RM3,333.33 setiap bulan? Tapi bear in mind (beruang dalam fikiran) aset yang korang beli tu kena la mempunyai nilai RM1 juta. Kalau korang beli low cost flat, korang beli le dalam 12 bijik baru la korang akan dapat RM1 juta bila loan dah habis bayar. Apa dia? Modal takde? Takpe part yang tu, aku akan ajar kemudian. Yang penting korang kena tanamkan kata-kata aku ni.. "BELI RUMAH TAK SEMESTINYA KENA PAKAI DUIT".

Tips n Thots : Walaupun korang refinance balik rumah korang tu dan dapat cash RM1 juta 25 tahun dari sekarang, korang still akan enjoy rental income setiap bulan. Maknanya korang akan dapat 2 income dalam 1 masa. Tak ke best namanya?

6 ulasan:

  1. bile nk kuar entri bli rumah percuma 1 tue bro...
    ari2 janji :P

    BalasPadam
  2. after 25 year, payah dah bank nak bagi tenure lagi lama koz kita dh tua

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. mmg best!
    abangensem, ada satu artikel menarik dr milan doshi pasal mewariskan hartanah pada anak kat majalah / website iproperty. recommended to read.

    BalasPadam
  5. parang : sabar parang sabar.. akan ada nanti.. hehe
    matjoe : nantikan entri aku esok untuk menjawab pertanyaan ko. aku dah siapkannya pagi tadi masa kat dalam lrt..
    rohaniah : tq for d info..

    BalasPadam
  6. yap, setuju. tapi masih ramai orang kita tak nampak cara simpan duit macam ini adalah yang paling senang, modal sekali tapi boleh simpan berkekalan..selagi tak jual lah...

    BalasPadam