Ahad, 15 Ogos 2010

Apa Yang Nak Kena Bayar??

E-mail yang aku terima dari Brader Firdaus bertanyakan tentang kos-kos yang perlu dibayar semasa membeli rumah dan di sini aku senaraikan apakah kos-kos yang perlu korang standby ketika membeli rumah selain daripada deposit/downpayment rumah. Berikut adalah senarai kos-kos yang korang kena standby mengikut jenis-jenis rumah yang korang akan beli :-

Rumah Baru
  • Legal Fees untuk lawyer Sale & Purchase Agreement - S&P (biasanya developer akan absorb the cost)
  • Legal Fees jugak tapi untuk lawyer Bank (few banks boleh masukkan dalam loan)
  • MRTA (boleh masukkan dalam loan)
  • Management/Admin Fees/Fire Insurance (biasanya korang kena bayar sebelum amik kunci)
  • Maintenance & Sinking Fund/TNB & Jabatan Bekalan Air Deposit (biasanya korang kena bayar sebelum amik kunci)
Rumah Subsale (Terpakai)
  • Legal Fees untuk lawyer S&P* (kena bayar sendiri, takde sape yang nak absorb)
  • Legal Fees untuk lawyer bank* (few banks boleh masukkan dalam loan)
  • MRTA (boleh masukkan dalam loan)
  • Valuation Fees
  • Maintenance & Sinking Fund/Bil Api & Air/Quit Rent & Assessment Fees yang tertunggak (kalau seller tak nak bayar, korang le yang kena bayar.. hehe)
* Dalam ebook aku ada diceritakan tentang cara-cara untuk mengurangkan kos legal fees lawyer S&P dan juga lawyer bank.

Rumah Lelong**
  • Legal Fees untuk lawyer bank (few banks boleh masukkan dalam loan)
  • MRTA (boleh masukkan dalam loan)
  • Valuation Fees
  • Segala bentuk bil atau tax yang tertunggak (bergantung pada Proclamation of Sale)
  • Agent Fees
** Mungkin TuanBri (sifu rumah lelong) boleh buat entri untuk kos-kos yang kena bayar sewaktu beli rumah jenis lelong sebab aku dah lama tak beli rumah jenis ni.

P/S : Kalau ada yang aku tertinggal, mintak sifu-sifu hartanah lain tinggalkan notes kat ruangan komen. TQ.

Tips n Thots : Kekadang tu semua kos-kos di atas korang tak payah bayar kalau kena caranya..

3 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 15, 2010

    kena simpan sket fund untuk "kos yg tak dijangka" especially utk rumah lelong....... kos tu kalau nasib tak baik la, iaitu kos menghalau penghuni yg tak dialukan dan me"repair" rumah lepas mereka2 dapat dihalau keluar ...... ye la orang dah bengang kena halau mesti la dia bagi rosak rumah tu....... :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. -aLCapone- : Ya betull..

    BalasPadam
  3. pada aku umah baru jgk senang, pakej menarik, downpayment rendah.... tp risiko tetap ada.. risiko x siap lerrr :(

    BalasPadam