Isnin, 9 Ogos 2010

Blacklisted

Soalan : Ada e-mail yang aku terima yang bertanyakan tentang kesan/akibat kalau nama kena blacklisted dengan bank selain daripada tak boleh amik loan lagi.

Selain daripada berkemungkinan kena bangkrap (muflis), korang yang kena blacklisted ni sebenarnya susah sikit nak jadik senang/kaya. Kalau muflis, secara automatik aset/harta korang akan dirampas untuk cover balik jumlah yang terhutang. Kat sini dah nampak yang kekayaan korang akan diambil tetapi itu kalau hutang tak berbayar korang melebihi certain amount (kalau tak silap aku RM30K untuk melayakkan korang diisytiharkan muflis). Tapi kalau amaun dia kurang dari tu, korang tak dapat pulak memanipulasi OPM untuk menjana kekayaan korang. Apa dia OPM? Kalau korang biasa baca buku Robert Kiyosaki, mesti korang tau apa makna OPM. OPM tu bermaksud Other People Money, dalam kamus aku bermakna 'Duit Bank'. Cuba korang amik contoh aku le, kalau setiap rumah aku kena bayar 10% as a downpayment dan kalau rumah tu berharga RM100K. Berapa banyak aku nak kena ada untuk beli 14 bijik rumah? Tak ke RM140K? Banyak tu.. mana aku nak ada duit banyak tu kalau tak disebabkan pinjaman bank untuk beli semua rumah tu. Itu baru yang harga RM100K, kalau RM150K, RM200K.. tak ke lagi banyak duit yang aku kena keluarkan sendiri untuk menjana kekayaan aku. Itu sebab le aku selalu suruh korang pastikan instalment bank korang tu dibayar se'cantik' mungkin. Ini untuk kemudahan korang di masa depan jugak.

So buat pengirim e-mail tu, aku harap apa yang aku ceritakan ni mampu menjawab persoalan yang terbuku di hati anda. Mungkin ada yang tak nak jadi kaya, ok fine tetapi melalui OPM le, kita mempunyai alternatif untuk membiayai pendidikan anak, perkahwinan mereka dan juga untuk tujuan retirement kita nanti. Walau apa pun tepuk dada dan tanyalah hati korang sendiri.

Tips n Thots : Cuba elakkan tunggakan instalment sebanyak 2 bulan kerana bagi kebanyakan bank, 2 bulan tunggakan adalah salah satu contoh bad paymaster unless korang ada alasan tersendiri yang boleh diterima oleh pihak bank.

5 ulasan:

  1. Salam abg ensem

    saya masih belajar lagi tapi ada slip pendapatan, bank terima tak? terima kasij

    -dzulfahmi-

    BalasPadam
  2. semlm jumpa di sacc
    tgh nak tambah collection ke? :)

    BalasPadam
  3. aku pun suka OPM....... :-aLCapone-

    BalasPadam
  4. Nija (tanpa nama) : Taklah. Saje bawak anak jenjalan..
    Dzulfahmi : Rasanya takde masalah.

    BalasPadam
  5. salam. nama sya blacklist tapi masa dulu jadi penjamin pada member yg xtau dah ilang kat mana. Tapi masih ada jalan bg blacklisted sbb sya telah berjaya dpt loan umah baru2 ni.caranya adalah
    i)bagi salinan perjanjian loan dulu bg membuktikan yg kita adalah guarantor
    2) simpanan yg melebihi baki loan yg tertunggak
    3) rekod CRIS yg baik
    w/bagaimanapun jln plg mudah adalah menyelesaikan utang tsbt w/pun bukan kita yg buat hutang.

    BalasPadam