Jumaat, 6 Ogos 2010

Soalan cucu nyaii

Satu lagi soalan yang aku terima awal minggu ni dari cucu nyaii yang mintak aku terangkan apa itu refinance dan apa kepentingannya?

Ini macam soalan periksa la pulak.. haha. Kalau ikut maksud yang aku baca dari buku tulisan Mohamad Ismail, Benson Wong dan Shim Woon Choon bertajuk Pembiayaan Semula atau 'Refinancing Now', refinance ni membawa maksud penggantian pembiayaan yang sedia ada dengan pembiayaan yang baru serta membawa terma baru yang juga berbeza.

Itu pengertian dari bahasa buku dan kalau mengikut bahasa aku, refinance ni bermaksud 'buat loan baru balik dengan tujuan-tujuan yang tertentu' dan bagi aku refinance ni penting untuk menambahkan kekayaan aku. Mana taknya, orang refinance rumah biasanya sebab nak dapat duit extra untuk digunakan mengikut keperluan masing-masing. Ada yang nak gunakan duit extra tu untuk settle personal loan, credit card malah ada yang guna duit tu untuk tambah rumah (macam aku). Tak ke ini namanya menambahkan kekayaan sebab bila hutang personal loan atau credit card dah kurang maknanya cashflow korang akan automatik bertambah baik dan bagi orang yang macam aku, duit extra tu pulak aku gunakan untuk memberanakkan lagi duit tu, tak kira la samaada nak beli rumah ke, perbesarkan bisnes ke atau 1001 macam kegunaan lagi.

Itu bab yang refinance sebab nak dapat duit extra dan ada jugak yang refinance sebab nak kurangkan instalment. Ini biasa berlaku bila interest rate makin rendah dan mereka menggunakan kesempatan ini untuk mengurangkan instalment dan jugak mempercepatkan pinjaman. Mempercepatkan pinjaman bermaksud walaupun instalment dah menjadi kurang tapi mereka tetap membayar mengikut kadar instalment yang lama. Sebagai contoh, katakanlah instalment baru selepas refinance tu RM500 iaitu RM200 lebih rendah dari instalment lama iaitu RM700 tetapi instead of korang bayar RM500, korang tetap membayar jumlah RM700 dan bila dah tetiap bulan bayar lebih, tak ke tempoh pinjaman akan automatik jadi kurang.

Tips n Thots : Kalau nak refinance rumah untuk dapatkan duit extra, korang kena make sure value rumah korang tu lebih tinggi dari baki loan sekarang.

2 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 06, 2010

    boleh ker aku top-up MRTA lepas refinance atau aku kena buat MRTA yg baru....? :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. or in a simple word "pembiayaan semula"
    =)

    BalasPadam