Jumaat, 27 Ogos 2010

Lawyer Aku Yang Cun..

Last Sunday when I was.. oppss lupa plak yang blog ni blog untuk orang-orang Melayu. Ahad lepas masa aku gi 'tingkap membeli-belah' (window shopping), aku terjumpa la sorang awek yang.. perrggghhh cun banget (pandangan dari belakang). Dari jauh lagi aku dah kenen, mana la tau kot-kot boleh buat 'kawan'. Bila tiba time mem aku gi fitting room aku pun apa lagik.. memulakan langkah jantan aku sambil menegur "Hai sis, sorang je ke? Nak beli baju raya ye?" Dan bila je dia berpaling kat arah jejaka ensem yang menegurnya terus dia berteriak "Laa..awak rupanya. Awak buat apa kat sini?". Ya Allah.. loyer aku rupanya. Hampeh betul.. bersambung ke perenggan yang baru.

"Elok jugak la saya jumpa awak kat sini. Saya dapat banyak surat dari developer yang bagitau title rumah-rumah awak semua dah keluar dan nampak gayanya terpaksa la awak sediakan duit lebih sikit untuk buat perfection" ayat susulan dari loyer aku. "Perfection? Kena keluar duit? Banyak ke? Oh tidakkkk..." ayat simpati yang keluar dari mulut aku. "Awak kan kaya. Tak banyak mana pun, satu perfection dalam RM2K je. Kalau awak ada 5 bijik rumah yang dah keluar title, baru RM10K. Awak kan jutawan.." sindir tuan loyer aku ni. "Kalau saya tak nak buat boleh tak?" soal aku. "Boleh tapi rumah tu nanti saya transferkan le ke nama saya. Amacam, ok tak" uji loyer aku. "Okla, lepas raya nanti kita discuss balik la.. huhu" jawab aku mengakhiri perbualan.

Apa yang korang dapat bila korang baca perbualan kat atas. Ye, tak lain tak bukan ialah bila title rumah korang yang sebelum ni berstatuskan master title, bila dah jadik individual atau strata title terpaksalah korang carik duit untuk buat perfection (lawyer terms untuk urusan masukkan nama korang ke dalam title @ geran). So, korang jangan le ingat bila dah beli rumah tu dah dikira selesai segala urusan lebih-lebih lagi kalau geran rumah tu masih lagi 'geran besar' (master title). Kalau tidak.. sendiri mau ingat la dan bagi sape yang nak berkenalan dengan awek loyer aku yang masih bergetah tu, sudi-sudikanlah dial no 03-58805891 (Puan Suhaila). Segala urusan berkaitan pembelian rumah, boleh diuruskan beliau tetapi.. MAKE SURE korang mention nama aku supaya aku boleh dapat diskaun untuk perfection aku nanti.. hahaha

5 ulasan:

  1. hahahahaha..... takuttt jugak abangensem kat mem..... tapi kalau ikut logik akal mana boleh senang2 loyer tu sesedap oren nak buat perfection transfer title kat nama dia......
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. propa lebih ni, cantik dimata ensem blum tentu cantik dimata alcapone. hik2.

    question is, how do we know strata title will be issued? daripada siapa kita akan tahu?

    BalasPadam
  3. salam abg ensem... artikel ni telah menjawab persoalan saya. minggu lepas dpt surat dari developer menyatakan strata title dah keluar. Soalan saya, boleh tak kita appoint lawyer selain daripada lawyer yg sama masa kita buat S&P dulu.

    p/s: lawyer yg dulu tak cun...so nak la bertukar kpd lawyer yg cun mcm PUAN Suhaila.

    p/s: saya dh masukkan rm40 dlm maybank abgensem utk pembayaran 2 ebook. Balance RM5 tu abgensem kena belanja Teh Arab + Lamb Kabsah Rice

    -ghazee ghazali

    BalasPadam
  4. kim salam kat anak lelaki puan suhaila =)

    BalasPadam
  5. -aLCapone- : bukan takut tapi 'hormat'.. hehe
    MatJoe : nanti aku cuba buat entri camne nak tau strata title dah kuar ke belom
    -ghazee- : apasal tak boleh tukar pulak cuma akan makan masa yg lebih panjang le sebab lawyer baru akan mintak dokumen dari lawyer lama dan sebagai usaha membalas dendam, lawyer lama akan cuba delaykan dokumen tu.. hehe
    misslolly : drpd awak kirim salam kat anak lelaki dia yang belum lahir, baik awak kirimkan salam awak tu kat saya.. "Waalaikumsalam.. saya dah jawab".. hehehe

    BalasPadam