Khamis, 26 Ogos 2010

Kenapa Perlu Keluar Duit EPF?

Hahaha.. aku dah agak dah mesti ada yang argue bila mana dalam entri yang lepas aku ceritakan bagaimana aku menyuruh Brader Zul Bujang untuk mengeluarkan duit EPF untuk membeli apartment tu. Ada yang kata tak sepatutnya si Zul tu keluarkan duit EPFnya sebaliknya duit tu patut dibiarkan untuk membeli rumah yang lebih besar. Mengambil dari pepatah melayu moden 'muka sama hensem tapi cara lain-lain' yang membawa maksud masing-masing ada cara mereka yang tersendiri dan aku tak menafikan pendapat segelintir dari korang yang berpandangan sedemikian, cuma bagi aku kalau aku boleh menjanakan keuntungan yang lebih dari 5% yang selalu EPF bagi, why not aku keluarkan dulu untuk dilaburkan di tempat-tempat yang menjanjikan pulangan yang beribu kali ganda. Memang betul dalam kes si Zul tu, dia dah rugi sebab dia dah tak boleh beli rumah lain dengan duit EPF selagi dia tak jual rumah tu tetapi kalau diperhatikan dengan cash amount yang dia dapat dari pengeluaran EPFnya (hampir RM100K), aku rasa amaun tu dah lebih dari cukup untuk dia bayar downpayment rumah yang berharga RM1 juta yang for sure lebih besar dan kalau dia tak berhasrat nak membeli rumah lagi (since dia pun masih single dan stay dengan family), amaun yang disimpan dalam ASBnya (melalui duit EPF) mampu 'memberanakkan' lagi duit tu lebih dari apa yang EPF boleh bagi. Tak gitu? Walau apa pun seperti yang aku kata sebelum ni, masing-masing ada cara dan alasan mereka sendiri dan terpulanglah pada diri masing-masing untuk menentukan cara yang terbaik untuk dipilih.

P/S : Jika masih ada lagi pembeli ebook aku yang masih tidak menerima link e-mail dari aku, diharap dapat bagitau kat aku @ bfe291@gmail.com

2 ulasan:

  1. Bro..aku mmg suka pepatah ko tuh... 'muka sama hensem tapi cara lain-lain'.. hahahha. Aku suggest register to Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diperluaskan penggunaanye...

    BalasPadam
  2. aku terasa bila kau sebut pepatah moden tu...


    Tuanbri

    BalasPadam