Selasa, 17 Ogos 2010

Nak Naikkan Ke Tak Nak?

Sekali lagi aku dapat e-mail dari En. Firdaus yang memberitahu aku yang dia dah pun membeli sebuah flat kos rendah di Bangi kerana katanya dia amat familiar dengan kawasan tu walaupun ketika ini beliau bekerja di Kuantan. Memula tu terkejut gak aku macamana orang Kuantan boleh familiar dengan kawasan tu tapi selepas dia bagitau yang dulu dia menuntut di UKM, so fahamla aku.

Yes, for me Bangi is a good location to invest sebab ramai student UKM yang dok menyewa kat area tu dan aku mengalu-alukan langkah beliau tu. Sebenarnya bukan setakat student je yang ramai, pekerja-pekerja kilang pun ramai gak yang menghuni area tu cuma apa yang merisaukan Brader Firdaus ni ialah aliran tunai negatif yang bakal diperolehinya setelah dia  dapat tahu yang penyewa sekarang menyewa flat tersebut pada kadar RM300 sebulan dan katanya dia serba-salah untuk menaikkan sewa tersebut.



Berdasarkan pengalaman aku, once korang dah beli dan setelah selesai urusan pindah milik, adalah menjadi hak korang untuk menaikkan sewa rumah korang tu. Tak semestinya korang kena follow apa yang landlord lama tu offer kat existing tenant. Kebiasaannya aku akan berjumpa dulu dengan existing tenant aku, slow talk dengan dia bagitau kenapa aku perlu menaikkan sewa rumah tu. Biasanya alasan aku adalah sebab nak cover instalment bank dan kalau dia tak boleh get along dengan proposal aku tu, terpaksalah aku minta dia cari rumah yang lain. Normally, diorang (tenant) ni faham dan akan menuruti kehendak pemilik baru sebab mereka takde hak untuk berkata tidak cuma korang kenalah berbudi bahasa sikit bila berdepan dengan mereka ni supaya bila mereka keluar nanti, rumah korang takkan dirosakkan. Alhamdulillah setakat ni aku takde masalah di dalam kes yang semacam ini.



Buat Brader Firdaus, teruskan usaha anda untuk menaikkan sewa rumah baru anda dan jangan lupa belanja aku 'pull tea' bila dah masyuk nanti.. hahaha.



Tips n Thots : Ayat biasa aku bila nak naikkan sewa kat existing tenant..  "Landlord lama dah takde hutang bank, itu pasai la dia boleh bagi sewa RM250 tapi saya la ni kena bayar dalam RM400 kat bank. Takkan saya nak sewakan RM250 jugak. Kalau camtu tak berbaloi le saya beli rumah ni. Kalau encik (tenant) kat tempat saya la, agak-agak encik buat tak apa yang saya buat sekarang ni?"..

11 ulasan:

  1. nice. another cadangan yang best tentang cara nak naikkan sewa.

    BalasPadam
  2. saya selamba kodok je aritu ckp kat tenant, "maaf la encik.. owner lama beli rumah ni murah lagi.. boleh la sewakan 1100. saya beli dah mahal, mmg tak boleh la.. saya mmg kena naikkan sewa".
    then saya minta mereka top up deposit based on kadar baru.. tak dpt bayar takper.. tp cari rumah lain la kan..

    BalasPadam
  3. yep, ayat yg best. terbaek laa. mesti naikkan, kalau tak what the point of investing

    BalasPadam
  4. Tq Bro AE. Ade masa aku turun S.Alam, kita ngeteh..

    BalasPadam
  5. cuba letakkan diri korang kat tempat existing tenant pulak....... adakah korang akan setuju naik walaupun ada logik kalau ikut logik akal kita semua ..... fikir2 kan....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  6. - aLCapone - : tepuk dada tanya selera..
    firdaus : kalo turun jgn lupa e-mail aku
    rohaniah : makna sama tapi ayat tak serupa..
    matjoe : totally agreed
    ariff : bila nak beli umah?

    BalasPadam
  7. setuju dgn abg ensem....tapi pada aku jgn la melampau kan...atleast logik still ok la..

    nak masuk area shah alam boleh?hehheheh...

    BalasPadam
  8. salam. nk tanya lah.. ok ke section 25?
    ade lelong la kt situ. ingat nk beli...
    flat taman seri lembayung. RM18k je..

    BalasPadam
  9. sourplum : cuba buat survey kadar sewa kat area tu. kalo +ve cashflow, rembat je la..

    BalasPadam
  10. kalau korang beli rumah yg ade tenant, landlord tu jual rumah sekali dgn tenant. jd, new landlord tertakluk kpd existing tenancy agreement unless owner asal dah terminate agreement n new landlord buat agreement baru dgn new tenant.

    BalasPadam
  11. Heheheee.. Mana boleh macam tu....
    tenancy agreement lama terbatal sebab dia buat dgn landlord lama, mana ada nama kita pun dlm agreement tu. Pastu landlord lama dah terbatal hak dia keatas rumah yg kita beli tu jadi kalau dia nak saman... bukan kita... landlord lama laa. Biasanya kalau dia tak setuju dia blah aje.
    Ingat dulu... aku pernah cakap kat tenant apt aku, kalau tuan suka tinggal kat sini harap cukup bulan bankin duit sewa tu yaaa... kalau tak paham-2 aje laaa... 15 hari bulan depan sy terpaksa kunci rumah nie... bukan tak kesian tapi sapa yg nak kesiankan saya pulak.

    BalasPadam