Sabtu, 7 Ogos 2010

MRTA & Fire Insurance

MRTA (Mortgage Reducing Terms Assurance) & Fire Insurance adalah 2 bentuk insurans yang berbeza tetapi kedua-duanya berhubung-kait dengan pelaburan hartanah korang. "Kenapa perlu ada 2 jenis insurans bagi 1 rumah?" mesti itu soalan yang bermain di fikiran korang kan?

Buat pengetahuan korang, MRTA tu adalah 1 bentuk insurans yang tujuannya adalah untuk melangsaikan baki hutang rumah korang sekiranya korang dah 'padam' (meninggal dunia). So, dalam hal ini waris yang tinggal tak payah nak risau tentang hutang rumah korang cuma apa yang perlu korang risaukan adalah samaada waris korang tu tahu atau tidak macamana nak claim dari pihak insurans nanti. Bab ni korang kena lah pandai-pandai bawak bakal waris korang gi jumpa orang bank yang bagi korang loan rumah tu dan mintaklah khidmat nasihat dari orang bak tu tentang cara-cara nak claim nanti bila korang dah takde. So, settle bab MRTA.

Fire insurance ni pulak adalah satu insurans yang akan cover baki hutang korang sekiranya rumah korang terbakar dan dibakar. Kenapa pulak korang nak bakar rumah tu? Kalau korang nak tau, ada gak segelintir mereka (pemilik rumah) yang dah tak mampu nak bayar instalment rumah mengambil tindakan membakar rumah diorang sendiri supaya diorang boleh claim insurance dan seterusnya pihak insurans akan melangsaikan baki hutang mereka yang tertunggak tu. Kreatif kan diorang tu? Tapi aku nasihatkan jangan la korang ngikut, berdosa tau.

Tentang soalan Mr aLCapone dalam entri aku yang lepas, aku nak bagitau yang MRTA hanya dikhaskan untuk 1 bank sahaja, tak boleh dipindah milikkan sesuka hati tapi kalau korang dah refinance rumah korang, MRTA tu korang boleh mintak refund dari syarikat insurans bagi baki jumlah MRTA yang masih ada. Camne cara calculationnya? Korang kena la tanya bebudak insurans tentang tu.

Tips n Thots : Insurance Company cuma akan bayar apa yang korang claim tu berdasarkan jumlah sum insured korang. Kalaulah korang insured kurang dari baki hutang korang, pandai-pandailah korang/waris korang top-up yang balancenya.

4 ulasan:

  1. tapi apa akan jadi kat MRTA yg lama tu (sblum refinance)kalau aku tak nak claim refund .....? boleh ker kita tukar jer jadi mcam insurans nyawa i.e. tukar penama dari bank ker nama waris kodim(anak/bini/mak/bapak etc).... so bila kita padam jer waris kodim blem la dapat sket RM untuk meneruskan kehidupan ......! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. aLCapone : Setakat yang aku tau.. tak boleh tapi elok la ko try kol mana2 hotline insurance co. untuk bertanyakan hal ini dan e-mail kat aku supaya aku boleh hebahkan kat yang lain-lain.

    BalasPadam
  3. bro ensem,
    in case kalau kita jual rumah tu. MRTA atau fire insurance tu kita boleh claim ke.
    -rahimz-

    BalasPadam
  4. -rahimz- MRTA boleh tapi fire insurance rasa2nya burn camtu je..

    BalasPadam