Sabtu, 28 Ogos 2010

Tips Cari Makan..

Semalam aku dapat lagi satu soalan dari pembaca blog aku yang berada dalam dilema. Masalah Cik Puan A (nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan) ialah masalah dengan si penjual/ejen rumah. Beliau yang baru je dapat sebijik rumah (below market value) berhasrat untuk mark-up the S&P untuk dapatkan full loan dan pihak penjual bersetuju dengan syarat Cik Puan A hendaklah menggunakan lawyer yang disediakan oleh pihak penjual. Kalau tidak, no mark up-mark up. Aku agak la dalam kes beliau ni, sebenarnya pihak ejen yang insist untuk guna lawyer penjual sebabnya biasala.. masyuk tu beb (kurang-kurang RM200 akan masuk ke poket ejen.. hehe). Aku ada la advise dia apa nak buat tapi nampak gayanya si penjual/ejen tu tetap dengan keputusan dia. Since dah macam tu aku bagitau eloklah diikutkan je tetapi kenalah pastikan lepas je S&P tu siap, beliau kena dapatkan 2nd opinion dari pihak ketiga (sebaik-baiknya lawyer) tentang isi kandungan S&P tersebut supaya tak berat sebelah.

Untuk pengetahuan korang, aku dah banyak kali berdepan dengan masalah sebegini sebab masing-masing nak ambil peluang. Kalau di pihak ejen, komisyen menjadi sebabnya manakala di pihak pembeli seperti aku, diskaun untuk khidmat lawyer yang lebih aku utamakan, almaklumlah kalau guna lawyer yang aku kenal, chances untuk dapat diskaun adalah lebih tinggi daripada guna lawyer yang aku tak kenal. Oh ya, buat korang yang belum pernah beli rumah sub-sale (terpakai), pembeli dan penjual sebenarnya bebas untuk memilih lawyer S&P masing-masing cuma seelok-eloknya gunakanlah satu lawyer je supaya proses akan menjadi lebih cepat sepertimana yang aku ceritakan dalam ebook aku. Ok.. berbalik pada masalah Cik Puan A yang aku pernah alami ni, biasanya aku ada cara dan alasan aku sendiri yang penjual atau ejen tak boleh nak kata apa tapi aku tak berani nak propose kat Cik Puan A sebab takut dia terkantoi nanti. Apakah alasan-alasannya? Sila lihat ke perenggan berikutnya :

Alasan No 1 :


Aku akan katakan aku ni sebenarnya seorang kerani kat legal firm dan kenapa aku perlu gunakan khidmat lawyer lain sedangkan dah memang kerja aku dok prepare S&P untuk bos aku (konon-kononnya)? Biasanya si penjual atau ejen percaya sebab aku seolah-olah tahu selok belok proses jual beli rumah tapi as a 'beginner',  aku nasihatkan korang janganlah guna alasan ni sebab takut terkantoi nanti.. hehe. (jangan follow)

Alasan No 2 :

Kalau aku malas nak guna alasan kat atas tu, aku akan kata kat penjual/ejen macam ni.. "Why must I use your lawyer? My cousin/friend ada legal firm sendiri dan dia kata dia boleh buatkan S&P untuk I for free". Biasanya si penjual atau ejen akan mengalah jugak sebab kalau diorang kat tempat aku, they will choose the same reason jugak tapi kalau diorang still insist jugak, apalagi korang mintakla diskaun gila-gila yang lawyer diorang tu kompom tak boleh nak bagi.

So, itulah rahsia aku bila berdepan dengan masalah seller/ejen yang insist nak guna lawyer diorang tapi kalau diorang still berdegil jugak, apalagi korang blah je la.. kenselkan pembelian korang tu. Mesti penjual/ejen akan menggagau lepas tu. Mana taknya for sure diorang ni desperate nak jual rumah tu kalau tidak, takkan diorang sanggup jual below market value. Anyhow, kalau tak jalan jugak.. baiklah korang angkat kaki sebab banyak lagi rumah kat luar sana yang below market value.. bak kata pepatah melayu moden "Kalau tak dapat Lisa Surihani, Diana Danielle kan single lagi". Ape ada hal.. hehe.

* S&P (Sale & Purchase Agreement) = Perjanjian Jual Beli

4 ulasan:

  1. Ada entri menarik kat blog ni : http://farids-corner.blogspot.com/2010/08/nasihat-pelaburan-dari-3-pakar.html

    BalasPadam
  2. aku rasa2 Puan A tu nampak sangat muka desperate dia masa nak beli rumah tu. Sebab tu la seller tu ambik peluang.... nasihat aku pada pembeli2, jangan la tunjukkan sangat muka desperate korang bila membeli rumah nie..... p menuntut dari abangensem cam mana nak hilangkan muka desperate korang tu.....
    pepatah moden abangensem tu mungkin nak kena adjust sket sebab rumah sub-sale (terpakai)nie bukan kategori Lisa Surihani & Diana Danielle (anak dara) lagi, tapi dah kira masuk kelab Mak Jan_ _ ......
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  3. itu ajar orang menipu. apa la.dunia2

    BalasPadam
  4. salam....nk mntak pndapat kau berkenaan byaran maintenance/penyelengraan umah flat nie....ape jadah kita buat byaran bln2 tp bila ade rosak je liat nk buat\baiki,alasan duit xckup,bajet xde...

    boleh ke kita sendiri cri kntarktor lain n pahtu mintak dia potong blik dr byran maintenain 2?

    lagi satu jika diorang xbg kpd siapa kita nk buat aduan selain drp karam sin walia?

    BalasPadam