Khamis, 1 Julai 2010

Entri Untuk Encik Fauzee : Rumah/Pangsapuri Kos Rendah

Bulan lalu kita dikejutkan dengan isu pegawai atasan dan staf PKNS yang memiliki rumah/flat kos rendah yang sepatutnya diberi kepada 'mereka yang kurang berkemampuan'. Berbagai pandangan dan pendapat dilontarkan samaada dari kalangan ahli politik, penjawat awam, para wartawan dan tak kurang juga badan-badan NGO yang mewakili rakyat. Aku sebenarnya malas nak komen bab-bab ni sebab ianya diibaratkan seperti menarik rambut dari tepung, aku kena pastikan rambut tu tak putus dan tepung pula tak berserakan. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya aku sebenarnya terlibat secara tidak langsung di dalam isu ini. Bagi mereka yang telah membeli eBook aku pasti tahu jumlah rumah/pangsapuri kos rendah yang aku miliki dan soalan lanjutan berkaitan pemilikan 'harta' tersebut telah ditanyakan oleh reader aku, Encik Fauzee dalam entri aku yang lepas.

Ya, memang aku memiliki beberapa buah rumah/pangsapuri kos rendah tapi aku tidak memilikinya secara '1st hand' sebagaimana dalam isu staf-staf PKNS tu sebaliknya kesemua 'harta' aku itu diperolehi samaada dari proses lelongan atau pun dari seller yang terdesak dan menghadapi masaalah kewangan yang kritikal. Bukan setakat tu je, kesemua pembelian aku itu sebenarnya perlu mendapat 'consent' dari pihak kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum urusan pindahmilik berlaku. Kesemua ini perlu diterangkan di dalam borang pindahmilik yang disediakan oleh pihak yang berkenaan dan sebarang 'bukti' perlu dikemukakan kepada mereka dan dalam kes aku ni, aku mendapat hak aku setelah pihak berkenaan memberikan 'consent'.  Jadi, tidak timbul masaalah aku 'mencuri' hak golongan yang sepatutnya dan alhamdulillah, niat aku untuk membantu mereka (seller) yang 'tersepit' telah memudahkan urusan pemilikan aku selama ini.

Tips n Thots : Belilah seberapa banyak rumah/pangsapuri kos rendah yang korang nak tapi kena 'make sure' yang rumah/pangsapuri tu jenis yang 'secondhand' atau lelong dan korang mesti mendapatkan consent terlebih dahulu dari pihak yang berkenaan.

5 ulasan:

  1. abg ensem,
    thanks buat entry spesel utk saya..terharu ni..hehehe. tp saya still ada kemusykilan
    1. ada tak possibilities consent tak dpt..and apa kebarangkalian yg menyebabkan tak dpt consent
    2. 'bukti' - what kinds of 'bukti' yg kita kena bg?..payslip, pendapatan perkapita seisi rumah etc?
    p/s : saya dah baca e-book abg ensem..:-)

    BalasPadam
  2. hmm, cmne nk dptkn rumah lelong???...sy x master la bab2 ni...hu2
    i'm 23 n bru jer de 1 umh kt damansara, tu pun beli ngn kwn abg yg dsperate nk duit...help me, nk jd cm abg ensem...ha2

    BalasPadam
  3. en. ensem, kalau beli rumah landed pastu buat homestay boleh cover monthly loan tak? sebab saya tgk kat tpt saya tinggal skrg ramai yg buat homestay...

    BalasPadam
  4. aliff : nampak gayanya awak kena invest utk dptkan ilmu rumah lelong dulu. banyakkan baca buku, artikel, blog dll sumber bacaan sebelum start membeli. blog2 yg berkaitan like www.tuanbri.com
    eliza : kena tgk banyak benda sblm buat homestay like harga rumah, maintenance cost dan 1001 perkara lagi..
    fauzee : i) kebarangkalian tak dapat tu tetap ada.
    ii) antara bukti2 yg dimaksudkan seperti surat saman lawyer ke atas seller, surat dari dokter yg bagitau duit diperlukan utk operation dan 1001 mcm bukti lagi..

    BalasPadam
  5. kalo ada nak jual umah contact saya.. saya pun berminat sehhh

    BalasPadam