Rabu, 18 Ogos 2010

Ada Masalah Ke?

Semalam aku dapat satu lagi e-mail memuji penghasilan ebook aku yang katanya very informative. Alamak, bab-bab ni yang aku tak berapa suka sangat nak cerita especially time-time bulan puasa ni. Maklumlah takut timbul sifat riak dan bangga diri. Anyhow, thank you for the compliment.

Entri kali ni aku tak nak bercerita pasal pujian atau makian yang aku terima tapi lebih kepada nak menjawab satu dari dua soalan yang ditanya oleh saudara Azmi, pembeli ebook aku tu.

Soalan :

"Saya baru je membeli sebuah rumah kos rendah dan memandangkan saya mempunyai satu lagi unit di blok yang berhampiran, adakah akan timbul masalah nanti bila berurusan dengan pihak yang berkenaan kerana telah memiliki sebuah rumah kos rendah sebelum ni?".

Jawapan :

Masa aku memula membeli unit kos rendah beberapa tahun dulu, soalan yang sama juga turut aku utarakan pada lawyer aku memandangkan setahu aku ada beberapa garis panduan yang dikenakan terhadap bakal pembeli rumah kos rendah. Namun, apa yang disampaikan oleh lawyer aku time tu melegakan aku kerana sebarang pembelian rumah subsale/lelong bagi unit kos rendah tidak akan mendapat halangan dari pihak berkenaan sekiranya alasan-alasan munasabah diberikan oleh pembeli dan penjual. Dalam kes aku, tuan punya rumah (penjual) sudah tidak mampu lagi untuk menanggung hutang bank sehingga hampir diisytiharkan muflis dan the only cara untuk menyelamatkannya adalah dengan menjual harta (rumah) tersebut. Begitu juga dengan rumah yang dilelong, tidak terdapat sebarang halangan dari Kerajaan Negeri untuk membenarkan korang memilikinya memandangkan rumah tersebut telah pun dilelong oleh pihak bank yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas milikan rumah tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya rumah tersebut mempunyai syarat-syarat seperti pembeli hendaklah berpendapatan kurang dari RM2.5K, tidak mempunyai kediaman lain dan lain-lain lagi, maka syarat tersebut hendaklah dipatuhi terlebih dahulu sebelum korang membelinya. Itulah apa yang disampaikan oleh lawyer aku pada aku ketika itu. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa kini, harap-harap viewer aku yang lain bolehlah memaklumkannya dalam ruangan komen di bawah.

P/S : Kepada En Azmi, soalan ke 2 anda akan saya jawab dalam entri berikutnya.

2 ulasan:

  1. mmg leceh skit klu low cost kl kpd yg dh ada propety lain...sbb kna di rujuk kpd lembaga perumahan...mmg btul gaji x lbih drp rm 2.5k,tapi klu kita ade jumlah tgungang yg munasabah dan sbb2 tertentu mcm bro a.e nie ckp bleh je bincang blik ngan lowyer kita....lgpn salah satu TUJUAN lowyer MEMUDAH carakan kerja2 kita untuk beli rumah..hendak x hendak atas kita usahakan

    BalasPadam