Rabu, 4 Ogos 2010

Beli 1 Dapat 2, 3, 4..

Korang ingat lagi tak rumah yang aku beli dengan harga RM26K yang aku ceritakan tempohari? Kalau ingat, dalam entri ni aku nak reveal rahsia aku memiliki rumah tanpa keluar duit yang aku dok ceritakan selama ini. Kenapa aku kata tak payah keluar duit? Cuba korang hayati cerita kat bawah ni.

Rumah RM26K yang aku beli tu mempunyai kadar pasaran semasa di dalam RM55K dan memandangkan aku akan refinance balik rumah tu, loan yang aku amik time tu is without Free Moving Cost (FMC) Lock-in Period (LIP) punya pakej. Kalau time tu interest rumah semua BLR minus tapi memandangkan aku request pakej yang without FMC LIP, interest dia jadi BLR+1% dan lepas je settle semua urusan pindahmilik, cepat-cepat aku refinance rumah tu tapi malangnya bank baru aku cuma bagi 80% margin (RM44K) dan lepas ditolak baki yang sedia ada, dapatlah aku excess dalam RM21K manakala instalment yang baru hanya lebih RM50 daripada instalment yang lama.

Dengan duit sebanyak RM21K ditangan, aku gunakan untuk membeli rumah kat seksyen 7 dan aku bernasib baik sebab rumah tu aku dapat kurang RM10K dari market value dan aku hanya keluarkan RM2K untuk baki lawyer fees & kos repair rumah. So, after ditolak dengan RM2K tu, duit aku masih berbaki RM19K dan rumah seterusnya (seksyen 8) yang aku beli pun below market value (langsung aku tak payah keluar duit). Cuma apartment Vista Angkasa yang aku beli selepas tu je, baru aku merasa nak gunakan baki RM19K tu as a downpayment & legal fees payment, tapi kalau ikutkan apartment Vista tu pun sepatutnya aku tak payah keluar duit tetapi memandangkan aku nak rental excess yang lebih banyak, so aku just bayar mengikut harga sebenar. Korang nak tau berapa harganya? RM150K untuk unit yang paling besar (1+++ sqft) yang mana current market value pada masa itu dalam lingkungan RM190K. Untung aku kan?

Kat sini korang nampak apa yang aku maksudkan dengan beli rumah tanpa keluar duit. Dengan hanya duit extra refinance, korang boleh beli bukan setakat 1 malah 2, 3 atau seberapa banyak rumah pun melalui cara ini. Walaupun aku kena top up extra RM50 untuk instalment baru tapi dengan excess yang ada dari sewa 3 buah rumah yang berikutnya sudah cukup untuk cover extra RM50 tu. Amacam, mudah kan?

Tips n Thots : Cara aku ni paling sesuai untuk rumah secondhand dan atas sebab itulah aku keluarkan dulu ebook berkaitan langkah-langkah nak membeli rumah jenis tersebut. Bukan apa ianya akan memudahkan korang bila dah jumpa rumah secondhand yang below market value nanti.

12 ulasan:

  1. good info. owh, thats how u do it

    BalasPadam
  2. nice info..leh jdikan bekalan masa depan nih..

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaOgos 04, 2010

    Pakej no FMC ke no lock in period? Typo?

    BalasPadam
  4. salam bro...aku xtau soalan aku nie kena ke x kat post nie...sebab ianya berkaitan dengan LAWYER...soalan aku :

    1.)bleh ke kita pakai lowyer bank itu sendiri untuk buat SNP dan pada masa yang sama untuk kita puya loan kita?Itu namanya LOWYER PANEL BANK KAN???mung jgn buat LOWYER BURUK dgn aku plak...

    2.)Klau aku pakai lowyer punya bank itu panel x jejas ke klau kita up harga dlm snp 2?kot2 mamat2 lowyer 2 bocorkan kat bank pasal customer dia upkan harga...

    3.)jwb soalan aku yg per1 dan ke 2(sebab dlm ebook mg xjelaskan bab lowyer myb aku xperasan klu dh ade)

    2.)

    BalasPadam
  5. tanpa nama kata : Typo error. TQ Bro sebab highlight benda tu. Inilah bahana bila type entri dalam LRT.. mata dok sebok usha awek manakala jari pulak sebok menaip.. huhu

    BalasPadam
  6. parang : Jawapan ko akan aku ulas dalam entri akan datang..

    BalasPadam
  7. ok aku tgu...

    BalasPadam
  8. Pergh mmg power abg encem punye forecasting and decision making...

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaOgos 05, 2010

    ni rumah sek7 dan 8 ni abg ensem beli auction ke? -metal-

    BalasPadam
  10. tips menarik utk digunakan...tapi belum boleh digunakan lagi...market value tak tinggi lagi, so nak refinance pun tak berbaloi...

    BalasPadam
  11. btuah nye ko dapat beli vista angkasa..

    BalasPadam
  12. bagus nego camni.....tak pyh masuk lelong leh dpt bwh MV.......kalau masuk lelong kena lwn...

    BalasPadam