Khamis, 19 Ogos 2010

Elok Bagi Ke Atau Tak??

Soalan berikutnya dari En Azmi.

Soalan :

Ada satu company nak sewa flat yang aku beli tu untuk menempatkan cewek-cewek Indon yang bekerja di kilangnya. Sewa yang diminta adalah sebanyak RM300, more or less sama dengan kadar sewa kat area tu. Segala-galanya diuruskan oleh ejen dan bayaran imbuhan (komisyen) sebanyak sebulan sewa hendaklah diberikan kepada ejen tersebut. Beliau bertanyakan tentang kebaikan dan keburukan bagi sewa dengan kilang (company) instead of orang perseorangan?


Jawapan :

Secara jujurnya agak payah untuk aku jawab soalan ni sebab aku takde experience deal dengan company yang nak sewa rumah untuk pekerjanya tetapi mengikut kata memember aku yang pernah berurusan dengan golongan ini, kebaikan & keburukannya adalah seperti berikut :

Kebaikan :


  1. Menjimatkan masa dan tenaga sebab tak payah nak carik penyewa.
  2. Memudahkan sebab segala urusan berkaitan biasanya diuruskan oleh ejen.
  3. Risiko sewa tak dibayar amatlah tipis sebab biasanya company akan gunakan item ni untuk create 'creative account' dalam Balance Sheet dan P & L diorang.
  4. Sejuk mata kalau cewek indon yang nyewa tu secantik Luna Maya atau pun Cut Tari.. hehe.


Keburukan :


  1. Kebiasaannya company yang menyewa rumah korang akan sumbat seberapa banyak pekerjanya di dalam satu rumah. Macam kes member aku, flat yang hanya boleh memuatkan 5 orang telah disumbatkan dengan 10 orang pekerja Bangla.
  2. Bila dah terlalu banyak tangan kat dalam rumah tu, jangka hayat barang-barang dalam rumah tu dikhuatiri akan jadi pendek. Silap haribulan mau tiap-tiap bulan korang kena repair rumah tu.
  3. Susah nak berinteraksi sekiranya ada masalah kerana korang kena buat appointment dengan company's representativenya. Nak harapkan pekerja asing yang menyewa rumah korang tu, mintak mahap la diorang nak amik port.
  4. Risiko jenayah berat. Tentu korang selalu dengar mamat indon, bangla, myanmar dan lain-lain bangsa lagi yang sibuk beramuk dan berbunuh sesama member serumah. So, kalau korang tanya aku, baik aku reject siap-siap sebelum apa-apa berlaku.
  5. Kalau cewek indon yang sewa rumah korang comel-comel belaka, takut la pulak rumah korang nanti jadik port buat maksiat.

Buat En Azmi, kebaikan dan keburukan dari pandangan aku dan kengkawan aku telah aku utarakan, so, pandai-pandai mu lah nak decide.. hehe.

P/S : Bab 'creative account' tu pandai-pandailah korang tanya accountant yang bertauliah.

4 ulasan:

  1. terima kasih diatas jawapan dan pandangan yang diberikan.

    BalasPadam
  2. Ya jugak tu, kalau sy diberi pilihan mungkin sy reject kot sbb banyak keburukan drpd kebaikannya.. ni semua melalui pengalaman yg berlaku dari media-massa dan lainnya..

    Baik pilih yg kurang risiko kapla tarak pening2.. wang sentiasa masyukk tiap2 bulan.

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaOgos 19, 2010

    aku rasa kau boleh gunakan keburukan yg telah dibentangkan untuk menjadi peluang...... dan dgn segala macam keburukan tadi tu la kau cakap kat agent mintak sewa double..... pas tu cakap segala kerosakan kompeni kena repair/tanggunag..... cakap kat agent "take it or leave it" offer kau ni.... dan last skali jgn lupa buat itam putih .....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 20, 2010

    setuju ngan tanpa nama. kadar sewa mesti commensurate dengan risk.

    kadar sewa mau double atau triple, nak suruh bayar 6 bulan sekali pun boleh. Deposit 6 bulan gak.

    lain-lain peraturan, ikut owner la untuk impose, nak restrict bil. cewek ka, aktiviti dibenarkan dalam rumah ka, dan kebenaran untuk owner buat spot check ka.

    ikut kita la nak letak term yang boleh safeguard interest kita.

    take it or leave it.

    BalasPadam