Selasa, 24 Ogos 2010

Kediaman Terakhir


- Kediaman Terakhir -

Saat entri ini ditulis aku baru sahaja selesai menyaksikan ibu saudara kepada mem aku yang telah dijemput memasuki kediaman abadinya sepertimana yang telah tersurat sejak azali lagi.

Saat ini juga aku terfikir pelbagai persoalan berkisar tentang kehidupan, kekayaan, harta dan segala yang diburu dan dikejar oleh kita di muka bumi ini. Kenapa aku perlu mengumpul terlalu banyak harta yang akhirnya bakal aku tinggalkan sedangkan kediaman abadi aku telah pun tersedia berlantai-dindingkan ketulan-ketulan tanah. Pasti Malaikat Mungkar dan Nangkir, si penyoal kubur tidak akan bertanyakan berapa banyakkah rumah yang telah aku miliki sebaliknya untuk apakah rumah-rumah itu aku kumpul dan dari sumber manakah rumah-rumah itu aku perolehi? Yang pasti juga tiada soalan tentang berapa banyakkah keuntungan dari hasil jualan ebookku sebaliknya untuk tujuan apakah ebook itu aku hasilkan dan ke manakah keuntungan itu aku belanjakan?



Namun aku pasrah untuk terus memiliki seberapa banyak lagi harta dunia supaya dengan kesenangan yang aku miliki nanti akan mampu untuk merealisasikan impian aku untuk membantu terhadap pembangunan ekonomi umat Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan penghasilan ebook aku tak lain tak bukan, bertujuan untuk meramaikan lagi bangsa melayu yang beragama Islam untuk turut sama membantu aku membangunkan ekonomi orang kita. Semoga dengan ilmu dan amal yang telah aku sumbangkan itu mampu menyenangkan aku sebagai pemilik kediaman abadi di masa hadapan, insyaallah.

P/S : Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara isteriku, Soom binti Mohamad. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa.

5 ulasan:

  1. Salam Tuan
    terima kasih kerana saling ingat-mengingati..

    BalasPadam
  2. alfatihah buat arwah...
    sbg umat islam, kita juga perlu berusaha meningkatkan ekonomi kita supaya kita tidak ditindas oleh org bukan islam.
    saya rasa abang ensem perlu teruskan apa yg diusahakan sekarang kerana ia memberi faedah yg besar kepada org2 islam sendiri. asal kita jangan lupa zakat sudahlah

    BalasPadam
  3. manusia mati meninggalkan ebook....

    BalasPadam
  4. catatan ini aku sentiasa bawa dalam wallet aku...
    selau ingatkan diri tentang kematian...

    1) Keberkatan rezeki diperolehi dari solat dhuha.
    2) Cahaya didalam kubur didapati melalui solah tahjud
    3) jawapan terhadap soalan mungkar dan nangkir didapati melalui membaca al-quran
    4) Mudah melintas titian siratulmustakim..melalui puasa dan sedekah
    5) Mendapat naungan di bawah arasy Ilahi melalui mengingati Allah dalam keadaan sunyi.

    BalasPadam