Selasa, 10 Ogos 2010

Kena Bayar Ke?

Aku dapat e-mail dari si penjual rumah yang musykil kenapa dia perlu bayar legal fees sebab katanya bukan ke legal fees cuma perlu dibayar oleh pembeli rumah saje. Nampaknya tuan punya badan tak berapa faham tentang prosedur jual beli rumah kerana masing-masing (si pembeli dan penjual rumah) mempunyai bahagian (legal fees) masing-masing yang perlu dilangsaikan. Cuma jumlah yang perlu dilunaskan oleh si penjual tidaklah sebanyak jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli. Kenapa penjual perlu bayar? Sebabnya ada beberapa dokumen yang perlu diuruskan oleh peguam bagi pihak penjual dan adalah tak munasabah sekiranya pembeli yang menanggungnya melainkan kalau pembeli bersetuju untuk membayar kos tersebut. So, buat si penjual rumah yang bertanyakan soalan kat aku tu, pandai-pandailah anda membodek si pembeli untuk membayar bahagian anda dan kalau si pembeli tak dapat dibodek, bersiap sedialah membayar apa yang diminta oleh pihak peguam anda.

3 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 10, 2010

    alaaa apa nak di kisahkan legal fee yg ciput nie kalau nak di bandingkan dgn keuntungan besar yg korang dah buat..... bayar jer la....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. eh. kalau nk jual umh kte kena byr jugak ke?
    cane aku leh tatau nih
    huhu
    bpe eh kena byr?
    mhl x?

    BalasPadam
  3. legal fees tu apa?

    BalasPadam