Jumaat, 20 Ogos 2010

Nasib Baik.. Kalau Tidak.. (Part 1)

"Apasal Brader Sharif penyewa flat seksyen 7 aku ni tak bank in lagi duit sewa bulan ni? Biasanya paling lewat pun 12hb sebab gaji bebudak rumah tu dibayar dalam 10hb. Dah dekat 28 kali aku call dan dah berpuluh sms aku hantar, langsung tak berangkat mahu pun berbalas. Takkan diorang dah lari malam kot, sebabnya diorang tak pernah ada masalah pun dengan sewa rumah. Mustahil la pulak rumah tu terbakar dan diorang hangus kat dalam tu sebab tak pernah pulak aku tengok kereta bomba lalu kat depan rumah aku. Takkan diorang pakat kawen ramai-ramai lepas tu terus cabut? Sekurang-kurangnya diorang mesti ajak aku gi kenduri diorang atau pun ajak aku kawen lagi sekali.. hehe.". Inilah benda yang mengganggu fikiran aku dalam minggu ni. Bukan sebab tak masyuk tapi lebih disebabkan keprihatinan aku terhadap penyewa-penyewa rumah aku. Yang ini baru penyewa jantan, kalau yang pompuan lagi bertambah concern la aku..

"Malam ni aku kena gagahkan diri pergi menjenguk blok 42 tu. Buatnya ada yang meninggal kat dalam rumah tu, tak ke nanti berhantu rumah tu. Sure orang takut nak nyewanya nanti" getus aku dalam hati dan elok je lepas ngabihkan terawikh aku malam semalam, aku pun terus gerak ke rumah sewa aku yang jaraknya hanya sekangkang monyet dari rumah aku tapi walaupun dekat, itulah rumah sewa aku yang paling lama aku tak jenguk (selain dari flat yang kat Kota D'sara).

Sesampai je aku kat sana, ada cahaya dari balik daun pintu rumah tu. "Yes, tak sia-sia aku datang malam ni. Ada orang kat rumah. Harap-harap Sharif pun ada la" bisik hati aku. Assalamualaikum, salam diberi dan dibalas dengan salam dari dalam rumah dan apabila daun pintu dikuak, terpacul wajah Sharif di muka pintu. "Alhamdulillah, nasib baik abang datang (tua sangat ke aku ni?). Kami memang menunggu kedatangan abang. Kami ada masalah sikit" jawab si pemilik nama Sharif ni. "Masalah? Apa masalahnya?" cuak aku dalam hati.

Kalau korang nak tahu apa masalah penyewa aku tu, nantikan sambungannya dalam entri yang berikutnya.. Jangan marah.

5 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 20, 2010

    cehhh... suspen jer

    BalasPadam
  2. Hahahahha. Dah mcm cerpen dah... Bole la try pi hantar kat Utusan Malaysia....

    BalasPadam
  3. bagus ada cerita2 camnih...buat panduan

    BalasPadam
  4. Sy dah kata dah .. kamu tu ada bebakat bole buat novel selain cerpen @ cerita pendek.. teruskan sbb bab 2 jap lagi sy jenguk baca ye.. nak solat asar jap..

    BalasPadam