Sabtu, 21 Ogos 2010

Nasib Baik.. Kalau Tidak (Part 2)

Sambungan dari entri yang lalu :

"Apa masalahnya sampaikan sewa bulan ni tak dibank-in?" soal aku. "Camni bang, duit sewa tu memang dah ada tapi sengaja kami tak bank-in sebab nak abang sendiri datang cari kami. Kalau abang tak datang, matilah kami.." balas si Sharif ni. "Kan ke awak ada nombor henpon saya, call je la. Lagi satu, kenapa bila saya dok call dan sms no awak, awak tak jawab? Awak dah tukar nombor ke? Kenapa tak bagitau saya kalau dah tukar nombor?" tanya aku lagi. "Inilah masalah kami, kami dok call nombor abang pun tak pernah dapat. Awek dalam henpon kami tu bagitau yang nombor abang dah ditamatkan perkhidmatan. Itu yang menggagau kami carik abang ni. Habis semua surau kat seksyen 7 ni kami pergi terawikh. Mana la tau kot-kot boleh jumpa abang. At last kami decide untuk tak nak bank-in duit sewa bulan ni supaya abang sendiri datang jumpa kami. Nasib baiklah abang datang jugak malam ni. Sebelum tu kami nak tanya, abang dah tak pakai no 018 dah ke?" Sharif bertanya. "Laa.. saya dah lama tak pakai nombor tu. Awak takde ke no 017 saya? Awak pun mesti dah tak pakai no 014 ni kan sebab saya dok call langsung tak berjawab. Ok, ni saya dah datang apa masalah korang?" tanya aku kali penghabisan. "Kami dapat notis nak potong air sebab PKNS tak dapat borang dan dokumen yang diorang nak dari abang untuk tukar meter air. Diorang ada hantar notis peringatan ni kat saya. Diorang bagi tempoh sampai 10hb tapi saya pergi jumpa diorang dan bagitau yang saya tak dapat carik tuan rumah. So, diorang bagi tempoh sampai hujung bulan ni untuk carik tuan rumah. Harap-harap abang boleh hantar le borang dan dokumen-dokumen ni dengan segera" sambil mengunjuk list yang bertulis di tangan Sharif ni. "Oklah kalau camtu, sebelum hujung bulan ni saya settlekan. So, sewa rumah saya macamana?" dan tanpa cakap banyak si Sharif memberikan aku beberapa keping note RM50 kat aku.. Ye ye pakcik kayo..

Pengajaran buat korang :

  1. Make sure korang inform penyewa korang kalau tukar nombor henpon.
  2. Pastikan korang simpan sekurang-kurangnya nombor henpon 2 orang penyewa korang.
  3. Yang paling penting sekali, selalu-selalulah menjenguk rumah sewa korang. Jangan jadi macam aku, walaupun rumah sewa aku tu cuma sekangkang monyet je dari rumah aku tapi rupa-rupanya dah 2 tahun aku tak pergi menjenguk diorang (nak buat camne, dah tenant aku tu jantan. Kalau pompuan tiap-tiap bulan aku pergi.. hahaha)

2 ulasan:

  1. 2 tahun tak jenguk..lama nya tu abg oii.. :D

    pendapat anda?
    dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

    BalasPadam
  2. Bagus-bagus-bagus.. sy akan ambil ni sbg ingatan..

    BalasPadam