Khamis, 5 Ogos 2010

Soalan Encik Amri

Nampaknya bertalu-talu soalan memenuhi inbox e-mail aku selepas je aku offer nak jawab kemusykilan pembaca-pembaca aku. Elok jugak at least aku dapat tau le apa persoalan yang terbuku dalam hati korang. Untuk entri ni aku nak jawab dulu soalan dari En Amri yang mangajukan 3 soalan berikut :
  1. Macamana aku boleh dapat loan untuk semua rumah aku sedangkan gaji aku takde la banyak sangat.
  2. Apa yang perlu dibuat untuk mula melabur sedangkan area yang dia tinggal kat Kedah, sewanya tak dapat nak menampung bayaran instalment kat bank.
  3. Kalau dia nak invest property yang ada kat KL, macamana pulak dia nak tau kawasan tu ok ke tak?


Jawapan aku (berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku) :
  1. Seperti yang aku nyatakan dalam entri aku sebelum ni, as long as 2 benda ni dipenuhi ianya dah cukup untuk buat loan korang diluluskan iaitu korang kena bagi bukti kemampuan korang untuk bayar balik loan bank dan korang juga kena pastikan rekod pinjaman korang dengan bank-bank lain hendaklah sentiasa 'cantik' (takde tunggakan). Itulah rahsia aku kenapa bank masih bagi loan kat aku walaupun gaji aku kecik.
  2. Soalan ke 2 ni berat sikit dan agak payah untuk aku jawab tapi berdasarkan pengalaman kawan aku yang duduk kat Kedah, dia beli rumah semata-mata untuk dibuat homestay untuk mereka yang nak ke Bukit Kayu Hitam, Padang Besar atau pun ke sempadan sebab katanya kebanyakan yang pergi adalah famili dan dengan ruang yang terhad yang ada kat bilik hotel telah memberinya peluang untuk melariskan homestaynya tu. Pape pun, cara promosi homestay ni kenalah betul supaya orang boleh tau tentang kewujudan homestay korang tu.
  3. Nak invest kat KL? As for me, not advisable sebab En Amri kena turun naik KL untuk familiarise dengan area kat sini tapi tak salah kalau nak mencuba, cuma En Amri kenalah cari kawasan yang senang nak dapat penyewa seperti yang berdekatan dengan kolej atau pun kilang. Apa pun make sure En Amri dah buat 4 langkah awal yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni untuk mengetahui tentang keadaan market kat area tu.
Harap-harap jawapan ringkas aku ni dapat menjawab persoalan En Amri.

Tips n Thots : Ada jugak aku dengar yang sediakan pakej perkahwinan di sempadan dan antara kemudahan yang disediakan adalah 'rumah untuk penginapan' bakal pengantin. Mungkin bagi korang yang ada rumah kat sempadan boleh gunakan rumah yang korang beli tu untuk dijadikan sebagai 'rumah penginapan' yang dimaksudkan dalam pakej tu.. hehehe

2 ulasan:

  1. kedah tanah murah, invest kt projek tanah. property takleh pegi jauh kt kedah

    ko nye t&t agak menarik, kalau celebreti kita cas lebih

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaOgos 05, 2010

    tak paham aku apsal la nak kahwin kena sampai p sempadan..... kahwin nie benda baik.... so kena la buat elok2.... ikut la undang2.... baru la aman damai sampai cucu cicit..... silap2 kat sempadan tu kahwin pun pakai sendikit..... pada aku daripada nak kena p sampai sempadan baik aku buat style abang "BUNG"..... kahwin jer kat sini..... blakang baru masuk court..... at least perkahwinan tu sah dari segi undang2 Islam dan negara..... :-aLCapone-

    BalasPadam