Ahad, 29 Ogos 2010

Terkedu Aku..

Terpempan aku bila membaca komen 'tanpa nama' dalam entri aku semalam. Beliau yang menegur alasan-alasan yang aku gunakan dengan menyifatkannya sebagai satu pembohongan dan tak sepatutnya aku menggalakkan pembaca blog aku ini untuk menurut apa yang telah aku lakukan selama ini. Ya, aku mengaku kesilapan aku dan aku berterima kasih kepada 'tanpa nama' di atas teguran beliau.

Walaubagaimanapun bukan semua alasan itu boleh dianggap satu penipuan sebaliknya alasan kedua merupakan satu alasan nyata kerana memang aku mempunyai saudara dan rakan-rakan yang berprofesion peguam dan aku rasa korang masih boleh menggunakan alasan ini bila berdepan dengan ejen/penjual tegar seperti yang dialami oleh Cik Puan A. "Kalau peguam tu bukan saudara atau kenalan korang, takkan korang nak menggunakan khidmat diorang sebagai peguam korang kan?". Ini bagi aku adalah alasan yang paling munasabah untuk korang gunakan ketilka berunding dengan pihak ejen/penjual rumah korang.

Sebenarnya inilah kebaikan bila berblogging, sesuatu yang kita sangkakan perkara remeh sebenarnya merupakan satu perkara yang tidak beretika dan aku dikira bernasib baik kerana masih ada pembaca aku yang sudi mengingatkan aku tentang kesilapan ini. Buat 'tanpa nama', jazakallahu khairan kathira di atas kesudian anda menegur aku.

3 ulasan:

  1. Pada aku jika tanpa nama ikhlas utk menegur... letaklah nama anda.. Tiada apa yg perlu ditakutkan..Mungkin tanpa nama berstatus ustaz... Bole ana yang jahil ni blaja dari anta. Pendapat aku tips cari makan yg abang encam share tu hanyalah skill yg perlu ada pada sume pembeli.. Dengan kata lain "Negotiation Skills". Kita negotiate utk kelebihan diri sendiri...

    BalasPadam
  2. http://www.duit-internet.net/index.php?ref=ayoh_tati

    BalasPadam
  3. aku la tanpa nama, ikhlas nie bro.kena buat cara betul. dan negotiation skill yg btol. jgn sampai tipu org lak. aku bukan ustaz, tapi biar rezeki kita dapat ni kita kongsi dgn cara betul.lagi berkat.kan?

    aku pon investor.tapi takde blog.aku suka baca blog ni.pikiran encem ni lain sket dari yg lain. sbg contoh blog hari ni yang dia citer bertajuk " Pandangan Dari Student Yang Pernah Dapat 'C+' Untuk Subjek Ekonomi "

    teruskan membelog dan nanti ada masa kita duduk minum kopi sembang2 :)

    salam...

    BalasPadam