Selasa, 3 Ogos 2010

Entri Buat Yang Berkenaan..

Lately ni ramai gak yang hantar e-mail kat aku menyatakan hasrat nak mengikuti jejak langkah aku melabur dalam bidang hartanah ni. Syabas aku ucapkan sebab telah timbul sedikit sebanyak kesedaran di kalangan orang kita untuk cuba menuruti apa yang bangsa lain telah lama lakukan. Tak kurang jugak yang nak mintak jadik protege aku di dalam membimbing beliau untuk berjaya dalam bidang ini. Terima kasih atas ingatan dan tawaran korang tu tetapi aku rasa aku ni macam belum cukup berjaya untuk mengajar/membimbing korang secara total cuma apa yang boleh aku kongsikan ialah pengalaman yang telah aku lalui selama ini dan pengalaman dan ilmu ini hanya dapat aku kongsikan melalui blog ini dan juga ebook yang aku telah hasilkan.

Namun apa yang aku pohon ialah kalau ada kemusykilan dihati korang, diharap jangan segan-segan bertanyakan kat aku sebab kekadang tu aku tak tau apa yang korang nak tau. Mungkin ada yang akan suggest untuk aku bagi talk berkaitan hartanah tetapi aku rasa aku ni belum layak untuk berbuat demikian tambahan pulak aku ni terkenal sebagai seorang pemuda ensem yang sangat pemalu di kalangan teman-teman aku. Setakat dalam blog atau ebook, bolehlah aku luahkan pendapat aku tetapi kalau dah bertentang mata, alamat kelulah lidah aku untuk berkata-kata.. cewah.


Apa-apa pun sudi-sudikanlah korang meninggalkan komen, soalan dan pandangan korang kat ruangan komen atau e-mailkan kat inbox bfe291@gmail.com. Insyaallah akan aku jawab satu persatu soalan korang tu. Pada yang nak berjumpa dengan aku, rasanya takde masalah kot cuma sanggup ke korang belanja aku pull tea?

2 ulasan:

  1. pull tea? teh tarik rupanya..
    p/s: bila ada apa2 nk ditanya akan diusulkan nanti.. :D

    blogger yang tersepit

    BalasPadam
  2. mmg entri yg santai
    =)

    BalasPadam